4/20/2014

Dingin

Kan ku relaikan impian indah, padaNYA ku berserah...ku tak bisa juarai jiwa yg ku tak punya.....dinginnya bila kau berkata....

2014 mewarnai hidupku ...43 tahun hidup telah di lalui...Sejujurnya ku rasakan masa semakin suntuk, hari semakin pantas berlalu. Malam dan siang kian pantas berlalu. Apakah di usia ini.....beginikah perasaan setiap insan? Entah...aku tidak tahu...dan tidak mahu bertanya pd yg lain.
Kehidupan peribadi semakin merudum...biar sekuat mana pun aku cuba mengharungi ombak kehidupan setinggi tsunami.
Kesihatan masih memberangsangkan. Sakitkah aku? Haha. Adakalanya aku rasa sakit, jejari terasa berdenyut pabila ku cuba pejamkan mata bila malam menjelang. Badan terasa lemah, perlukan tenaga. Nak makan apa ya?

Hidup ini ku utamakan utk anak2, walaupun 2 anak gadis dengan kesihatan dan keadaan rumahtangga yg semakin tegang akhir-akhir ini, menganggu fikiran dan bahagia yang aku cuba cipta.




Tulisan ini ku noktahkan di sini. Ya Allah, ku pohon di berikan ketenangan dan keselamatan diri di dunia ini. Tolonglah lindungi diri ku dan anak anak dari kejadian yg tidak di ingini. Masih adakah kabus mentari di hujung senja?

No comments:

Post a Comment