10/24/2012

Coretan utk kakak

Dear Kakak - Ruwaida Nur Fatanah,

Tahun ini ..tahun pertama berjauhan dengan mama. Mama letak kakak dan adik di bawah jagaan papa supaya   
  1.  papa merasai dan bertanggungjawab sbg seorg ayah.
  2. supaya you learnt that not everything in life is easy, you have to work hard and appreciate things in life.
Mama love you very much but Mama cannot cope with my studies if both of you are with me. Mama cannot concentrate but sadly I miss you.
I cried when I think of you and adik. You are the best thing that had ever happened in my life. Kurniaan Allah yg tiada nilainya.
Mama memilih utk sambung pengajian ke peringkat kedoktoran kerana minat utk melakukan penyelidikan ttp tanpa kalian di sisi mama ...hidup mmg sunyi. Rindu pada celoteh dan bising kalian membuatkan hidup mama terlalu sepi.
Penyelidikan ini agak susah bg mama, selalu mama tertanya2...bodoh sgt ke mama sampai benda yg senang mcm ni pun sukar utk dilakukan.
Rasa serik utk belajar ilmu dunia ...belajar ilmu akhirat mungkin lebih bagus utk usia yg semakin matang ini. Ilmu utk menghadapi akhirat  belum cukup lagi.
my lovely daughter - Fatanah (ketenangan cahaya  kebijaksanaan)
Mama rasa cukuplah ilmu dunia utk mama, mama harap kalian pula akan menyambung pengajian ke peringkat yg lebih tinggi. Harapan mama kakak akan lebih berjaya dlm hidup didunia dan akhirat..
Mama akui mama sering melampiaskan kemarahan pada kakak dan selalu pukul kakak. Mama penat dan letih kalau mama dah nasihat dan beritahu kakak utk buat perangai yg elok tapi kakak sukar utk ikut. Mama tahu kakak budak yg baik, lurus dan pandai. Kakak kena tabahkan hati kuatkan semangat. Berhati hati dlm berkawan, bukan semua kawan boleh dipercayai.  Perjalanan hidup kakak masih panjang lagi,,,jika diizinkan Allah. Jika melakukan kesilapan, usah buat lagi, tinggalkan. Buat yang baik.

Kasih sayang mama utk kakak tidak akan pernah pudar. Mama sentiasa mendoakan agar kakak jadi anak yg soleh berjaya di dunia dan akhirat. Itulah hadiah yg terindah utk mama.