5/01/2012

Berkongsi cerita yg baik...dr Harian Metro 1 May 2012

Soseh Soseh: Pian Cecupak pulih daripada sihir


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KATA orang, rambut manusia sama hitam tapi hati lain-lain. Biarpun manusia diangkat sebagai khalifah di muka bumi dan dilarang melakukan sebarang perbuatan negatif, masih ada yang tergamak hidup berpaksikan jalan kejahatan.
Malah yang lebih teruk, sanggup pula menganiaya sesama sendiri dengan melakukan perkara yang sememangnya bertentangan dengan norma hidup sebenar. Inilah yang berlaku terhadap pelakon komedi Pian Cecupak.
Terkejut SS apabila satu sumber memberitahu artis kontroversi ini dikatakan sedang menderita sakit busung.

Memang risau SS dengar berita itu. Kawan SS segera mendapatkan Pian untuk bertanyakan lebih lanjut keadaannya. Bagaimanapun Pian memaklumkan keadaannya semakin beransur pulih selepas mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz di Perak.


Kata rakan SS, Pian sakit busung selepas dia buat keputusan untuk berubah dan membuang apa yang tidak baik daripada dalam badannya. Setiap kali lepas Maghrib hingga jam 8 malam, perutnya akan membengkak dan dia rasa seperti ada benda bergerak-gerak.

Peliknya, selepas tempoh itu, keadaannya kembali normal. Pian akui sakit kepala seperti dicucuk jarum. Lalu, dia juga akan mengamuk tak tentu pasal akibat gangguan itu.

Mujurlah seorang rakan mencadangkan dia agar berjumpa dengan Ustaz Mohd Ismail dari Pusat Perubatan Islam Jabat Sufi. Alangkah terkejutnya apabila Ustaz Mohd Ismail yang juga dikenali dengan nama Ustaz Komando memaklumkan bahawa dia terkena sihir.

Lalu Pian meminta Ustaz Komando buat apa yang patut asalkan dia boleh sembuh sepenuhnya. Dia juga tak ingin ambil tahu mengenai siapa yang sanggup menganiayanya kerana serahkan kepada Allah SWT untuk membalasnya.

Menerusi rawatan yang dijalankan selama tiga malam berturut-turut, Pian akhirnya sembuh sepenuhnya daripada busung dan sihir itu. Dia gembira kerana secara tiba-tiba bertemu kembali dirinya yang dulu apabila boleh kembali azan dan solat.

Tambah rakan ini lagi, ada hikmahnya apa yang berlaku kerana Pian berjanji akan mengubah cara hidupnya ke jalan yang lebih diredai Tuhan. Dia berazam untuk menunaikan solat lima waktu seperti mana yang dituntut Islam.

Paling menggembirakan, anak sulungnya, Aina Fazrin, 15, sudah pun masuk di sekolah agama berasrama di Gombak, Selangor. Dia amat bersyukur kerana pada usianya 42 tahun, semakin kembali bertemu ke landasan sebenar dalam hidup.

Dalam pada itu, Pian kini rancak mengusahakan perniagaan ‘wallpaper’, produk penjagaan kulit dan pembinaan semangat.


No comments:

Post a Comment