Showing posts with label Agama/Motivation/Sharing. Show all posts
Showing posts with label Agama/Motivation/Sharing. Show all posts

1/23/2013

Kehidupan - berkongsi ilmu (Sharing)

Books are my favourite subjects. They never fail to intrigue me, to see the world, life and events through the eyes (hands and mind) of the writers. This habit will never leave me for as long as I live, I hope, unless Allah has better plan for me. My choices of readings are mostly non-fiction, facts, events that happened, biography, memoir and motivations thru actual events. Lately, I have turned to more on Islamic motivation books, mostly written in Bahasa Malaysia or Bahasa Melayu or English.
Reading makes me more critical in assessing things, broader my space of thinking. Sometimes what I have read, is actually the real thing that I have gone through, this make me think more of my Creator, ALLAH and my religion. 
I would like to share and quote from this book "Give & Take antara Hamba & Pencipta" by Nurulain Ahmad (PTS Islamika Publisher)------> "Rawatan kepada Umat Islam utk menghadapi musuh Islam:  
  1. Kembali mengamalkan Islam  - Islam bukan agama ciptaan manusia, silibus adalah Quran dan sunnah Nabi Muhammad.
  2. Sebarkan Ilmu Pengetahuan Islam - amalkan Islam utk diri sendiri dan bantu utk org lain memahami.
  3. Ambil tahu perkembangan Dunia - membantu saudara seMuslim yg lain dan juga bukan Muslim
from page 115". Credit to the writer.
Allah...syahdunya. Alhamdulillah


I know it is difficult for both Muslim and non-Muslim to react with each other. My only choice is to practice the Islam way from the readings of Quran and be soft on the non-Muslim. InsyaAllah. My prayer  "Ya Allah terimalah taubat ku Ampunkan dosa-dosa kami. Tiada niat di hati utk melukakan mana-mana pihak. Tangan ini menulis utk menyedarkan diri dlm mencari ketenangan dan redhaMU. Please Allah forgive our sins and we repent". Amin.

Ha...this is another sharing from my MIDI -- favourite magazine--- Jan 15 issue. "Dealing with menopaus and stay healthy, by doing the following:
  • Eat healthily - from soy sources base as a  phytoestrogen source
  • Make sure get a good amount of sunlight from outside  - hey get out of the house early morning
  • Don't smoke - well I don't but my other half did. Oh dear.
  • Don't drink alcohol - hmm...I am Muslim I don't but I drink soft drinks....oh dear
  • Exercises, run, etc - mine is walking in the garden....oooh yeah.". Credit to http://www.facebook.com/mmidi.
While writing, this song - title - Getaran Cinta di Jiwa catch my ears:

"di hati ku cinta bermula dan rindu ku seharum bunga ...setiap detik kini nyata hanya diri mu sja namun jauh d sudut hati mungkin kah kau ku miliki tak ingin aku bsendiri lagi kehilangan mu oh kasih x sanggup ku mghadapi Tuhan sungguhnya Kau lebih mengerti ...... ku tulis lagu dengarkanlah getaran di jiwa....seandai kau mengerti katakanlah siapalah yg ada d hati mu...telah sekian lamanya kau bertakhta di dlm jiwa...sesungguhnya rindu ku utk mu."  This is a lyric of a song (one of my favourite singer - ..wait wait I need to google....ha...Liza Hanim another version of Datuk Siti Nurhaliza).
Datuk Siti Nurhaliza
www.rnfsmuslim.blogspot.com
The singer - Liza Hanim

Mudahan hari ini memberi kebaikan utk semua. Terimalah keburukan dengan ketenangan sebagai ujian utk kita redhai. Selamat Jalan dan jumpa lagi.

4/28/2012

Utusan Malaysia Online - Bicara Agama

Utusan Malaysia Online - Bicara Agama

Buruk kesudahan penentang Islam

IBNU Kathir berkata: Allah SWT berfirman sambil mengancam orang jahat yang telah dikurniakan dengan berbagai nikmat dunia, lalu dia mengingkari nikmat-nikmat tersebut dan menggantikannya dengan kekufuran serta membalasnya dengan keingkaran terhadap ayat-ayat Allah SWT. Dia juga mengada-adakan terhadapnya dan menganggap ayat-ayat tersebut hanya ungkapan manusia. Dan Allah telah menghitung berbagai-bagai nikmat yang telah Dia berikan kepadanya.
Firman Allah SWT: Biarkanlah Aku bertindak terhadap orang yang Aku telah menciptakannya sendirian. (al-Mudassir: 11)
Ibnu Kathir berkata: Maksudnya dia lahir daripada perut ibunya seorang diri tanpa membawa harta dan juga anak. Kemudian setelah itu Allah SWT memberi kepadanya rezeki.
Muqatil berkata: Biarlah Aku menghadapi dia kerana Aku akan membinasakannya dengan kebinasaan yang khusus.
Di sini terdapat ancaman keras terhadap kederhakaan al-Walid, keingkaran dan kesombongannya, kerana memperoleh harta dan kemuliaan. Lalu al-Walid berkata: "Aku adalah orang yang terhormat dan anak daripada golongan yang terhormat. Tidak ada seorang Arab pun yang setanding dengan aku dan tidak ada seorang Arab pun yang setanding dengan ibu bapaku."
Allah SWT telah menghinanya dan menghinakan pula jolokannya, sehingga jolokan itu tidak membawa makna kerana ia bertukar menjadi celaan kepadanya. Justeru, Allah SWT menjadikannya sebagai satu-satunya orang yang berada di dalam kejahatan dan kekejian.
Firman Allah SWT: Dan anak-anak yang selalu bersama dia, (al-Mudassir: 13)
Mujahid berkata: Maksudnya anak-anak mereka itu selalu hadir bersamanya dan tidak keluar untuk berdagang. Urusan dagangan tersebut diuruskan oleh hamba-hamba dan juga orang-orang yang dibayar oleh mereka, sedangkan mereka sendiri hanyalah duduk-duduk mendampingi ayah mereka untuk bersenang-senang bersamanya.
Terdapat khilaf ulama tentang bilangan mereka (anak-anak):
l Al-Suddi, Abu Malik, Ashim bin Umar bin Qatadah menyebutkan: Mereka ini berjumlah 13 orang.
l Mereka berjumlah 10 orang seperti yang disebutkan oleh Ibnu Abbas dan Mujahid.
Al-Maraghi berkata: Termasuk anak-anak yang selalu hadir bersamanya di Mekah. Mereka tidak pernah berpisah dengan bapanya, kerana mereka bergantung rezeki kepada bapa mereka. Ini disebabkan mereka tidak perlu bekerja mencari rezeki kerana mereka telah memiliki harta yang banyak. Al-Walid pun sukakan mereka dan senang dengan kehadiran mereka.
Firman Allah SWT: Dan Ku lapangkan baginya (rezeki dan kekuasaan) dengan selapang-lapangnya, (al-Mudassir: 14)
Ibnu Kathir berkata: Maksudnya, Aku telah berikan kepadanya pelbagai macam harta, perkakas rumah tangga dan sebagainya.
Al-Maraghi berkata: Menurut orang Arab, Tahmid bermakna melapangkan. ContohnyaMahadash shabiyya (Dia melapangkan rezeki kepada si anak). Aku lapangkan rezeki kepadanya, dan aku luaskan kehormatan. Sepatutnya dia bersyukur kepada Allah SWT terhadap nikmat yang diberikan kepadanya tetapi dia ingkar kepada Tuhannya, sehingga dia berpaling daripada seruan dakwah dan menyombongkan diri. Dia telah membalas nikmat dengan kekafiran dan membalas kurnia dengan keingkaran serta kederhakaan.
Firman Allah SWT: Kemudian dia ingin sekali supaya Aku menambahnya. Sekali-kali tidak (akan Aku tambah), Kerana Sesungguhnya dia menentang ayat-ayat kami. (al-Quran). (al-Mudassir: 15-16)
Ibnu Kathir berkata: Iaitu orang yang ingkar (kufur) akan nikmat-nikmat Allah SWT setelah dia mengetahuinya.
Al-Maraghi berkata: Walaupun dia bersikap tidak mahu mentaati Allah SWT tetapi dia masih lagi mengharapkan harta dan anaknya bertambah.
Ayat ini juga mengandungi petunjuk bahawa kekafiran al-Walid adalah kekafiran yang berbentuk 'inad. Ini disebabkan dia telah mengetahui kebenaran itu dengan hatinya tetapi dia masih mengingkari dengan lidahnya. Inilah kekafiran yang paling nyata.
Penutup
Penulis menutup perbincangan ini dengan menyebut pendapat Sayid Qutub antara lain menyatakan, al-Quran menerangkan dengan panjang keadaan hidup makhluk yang kerdil itu dan nikmat-nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepadanya sebelum menerangkan kisah kedegilan dan keengganannya untuk beriman.
Allah SWT telah menjadikannya dahulu seorang diri tidak memiliki sesuatupun walaupun kain bajunya. Kemudian selepas itu, Allah SWT telah mengurniakan kepadanya harta kekayaan yang melimpah-ruah, anak-anak yang ramai yang sentiasa berada di sekelilingnya serta kemudahan hidup yang sempurna.
Walaupun begitu yakin dan percayalah kesudahan penentang Islam seperti golongan musyrikin biasanya berkesudahan dengan banyak masalah yang menimpanya, di samping adanya pelbagai halangan dan kemudaratan dalam kehidupan mereka.
Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang sentiasa mendapat dan mencapaimardhatillah.


Satu perkongsian utk peringatan org2 terdekat dan diri sendiri:


2/19/2012

Wasiat Rasulullah kepada Saidina Ali | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wasiat Rasulullah kepada Saidina Ali | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Utk anak2 ku dan teman/sahabat/kawan/lawan ...Bacalah dan cuba amalkan.

Excerpt from the wasiah (blue link):

"Ya Ali! Tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan. Tidak ada harta yang lebih berharga daripada aqal. Tidak ada kesepian yang lebih sunyi daripada ujub (rasa kagum pada diri sendiri). Tidak ada kekuatan yang lebih hebat daripada musyawarah. Tidak ada wara' yang lebih baik daripada menahan diri. Tidak ada keindahan selain akhlak dan tidak ada ibadah yang melebihi tafakur."
"Ya Ali! Segala sesuatu itu ada penyakitnya. Penyakit berkata-kata adalah bohong. Penyakit ilmu adalah lupa. Penyakit ibadah adalah riak. Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri. Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian. Penyakit bangsawan adalah merasa bangga. Penyakit malu adalah lemah. Penyakit mulia adalah menonjolkan diri. Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan, dan penyakit agama adalah hawa nafsu."
"Ya Ali! Perbanyakkanlah membaca Surah Yassin, kerana dalam membacanya itu terdapat sepuluh macam keberkatan. Tidak ada orang yang membacanya waktu lapar atau puasa melainkan kenyang. Haus kecuali hilang hausnya. Tidak memiliki pakaian melainkan ia akan memperolehi pakaian. Merasa takut kecuali datang rasa aman. Di penjarakan melainkan ia akan keluar dari penjara. Bujang melainkan ia akan berkahwin. Sewaktu musafir matanya menjadi terang dalam perjalanan. Tidak membacanya orang yang kehilangan sesuatu benda melainkan mendapatkannya kembali. Tidak dibacakan ia ke atas orang yang akan hampir ajalnya melainkan diringankan baginya. Barangsiapa yang membacanya di waktu subuh nescaya ia akan aman sehingga petang, dan barangsiapa yang membacanya di waktu petang nescaya ia akan berada di dalam keadaan aman sehinggalah waktu pagi."
"Ya Ali! Bacalah Surah Hammim Ad-Dukhaan pada malam Jumaat, nescaya Tuhan memberikan keampunan kepadamu."
"Ya Ali! Bacalah Surah Hasyar nescaya engkau berkumpul pada hari kiamat dalam keadaan aman dari segala sesuat
"Ya Ali! Bacalah Surah Hasyar nescaya engkau berkumpul pada hari kiamat dalam keadaan aman dari segala sesuatu."
"Ya Ali! Bacalah Surah Tabaraka dan As-Sajadah nescaya berkat keduanya engkau diselamatkan Tuhan daripada bahaya hari kiamat."
"Ya Ali! Bacalah Qulhuwallahu Ahad dalam keadaan engkau berwudhuk, nescaya engkau akan di seru pada hari kiamat; Hai pemuji Tuhan! Bangkitlah, maka kemudian masuklah ke dalam syurga!"
"Ya Ali! Bacalah Surah Al-Baqarah, kerana sesungguhnya dalam membacanya itu ada membawa keberkatan, dan tidak mahu membacanya membawa penyesalan.
"Ya Ali! Janganlah engkau bersetubuh dengan isterimu pada malam bulan sabit baru muncul, dan jangan pula pada pertengahan bulan, kerana di khuatirkan anakmu akan cacat."
Aku (Ali) bertanya: Kenapa demikian ya Rasulullah? Jawap Baginda: "Kerana Jin banyak mendatangi wanita-wanita pada malam tengah bulan dan pada malam Hilal (bulan sabit). Apakah engkau tidak perhatikan bahawa orang-orang gila itu boleh muncul penyakitnya kembali pada malam tengah bulan dan malam Hilal itu?
"Ya Ali! Jauhilah sengketa, kerana ia akan menghapuskan amalan-amalan engkau."
"Ya Ali! Segeralah bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkah mendahului sedekah."
"Ya Ali! Jauhilah kemarahan, kerana syaitan menguasai anak cucu Adam dalam keadaan ia marah."
"Ya Ali! Jauhilah olok-olok, kerana hal itu akan menghilangkan kehebatan anak cucu Adam dan kesungguhannya."
" Ya Ali! Jauhilah riba, kerana padanya terdapat enam perkara, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga di dunia;
1. Ia akan cepat memusnahkan harta.
2. Ia akan melenyapkan kekayaan
3. Ia akan menghapuskan rezeki.
Adapun yang tiga di akhirat ;
1. Ia akan membawa buruk perhitungan (hisab).
2. Ia akan membawa kemurkaan Allah swt.
3. Kekal di dalam neraka."
"Ya Ali! Cintailah fakir miskin, nescaya Allah akan cinta pula kepadamu."
"Ya Ali! Janganlah engkau bentak fakir miskin, nescaya engkau akan di bentak pula oleh Malaikat pada hari kiamat."
"Ya Ali! Janganlah engkau abaikan sedekah, kerana ia akan menolak kejahatan dari dirimu."
"Ya Ali! Keluarkan infak hartamu dan berikan kelapangan kepada keluargamu, dan janganlah khuatir terhadap Tuhan yang memiliki Arasy bahawa Ia akan menyediakan kurnia-Nya terhadapmu."
"Ya Ali! Janganlah berdusta, kerana dusta itu menghitamkan muka. Bila seseorang sentiasa berdusta, dia akan dinamakan disisi Tuhan "si pendusta", dan bila dia benar maka akan dinamakan disisi Tuhan sebagai orang yang "benar" (siddiq). Sesungguhnya berdusta itu akan menjauhkan Iman.
"Ya Ali! Kuasailah lisanmu dan biasakanlah bicara yang baik, kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat melebihi ketajaman lisannya."
"Ya Ali! Jauhilah sifat dengki, kerana dengki itu memakan segala kebajikan sebagaimana api memakan kayu bakar".
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi dan An-Nasa'i)
S.A.W - Allahuakbar......pesan berpesan utk anak2 muslim and muslimah.