4/28/2012

Utusan Malaysia Online - Bicara Agama

Utusan Malaysia Online - Bicara Agama

Buruk kesudahan penentang Islam

IBNU Kathir berkata: Allah SWT berfirman sambil mengancam orang jahat yang telah dikurniakan dengan berbagai nikmat dunia, lalu dia mengingkari nikmat-nikmat tersebut dan menggantikannya dengan kekufuran serta membalasnya dengan keingkaran terhadap ayat-ayat Allah SWT. Dia juga mengada-adakan terhadapnya dan menganggap ayat-ayat tersebut hanya ungkapan manusia. Dan Allah telah menghitung berbagai-bagai nikmat yang telah Dia berikan kepadanya.
Firman Allah SWT: Biarkanlah Aku bertindak terhadap orang yang Aku telah menciptakannya sendirian. (al-Mudassir: 11)
Ibnu Kathir berkata: Maksudnya dia lahir daripada perut ibunya seorang diri tanpa membawa harta dan juga anak. Kemudian setelah itu Allah SWT memberi kepadanya rezeki.
Muqatil berkata: Biarlah Aku menghadapi dia kerana Aku akan membinasakannya dengan kebinasaan yang khusus.
Di sini terdapat ancaman keras terhadap kederhakaan al-Walid, keingkaran dan kesombongannya, kerana memperoleh harta dan kemuliaan. Lalu al-Walid berkata: "Aku adalah orang yang terhormat dan anak daripada golongan yang terhormat. Tidak ada seorang Arab pun yang setanding dengan aku dan tidak ada seorang Arab pun yang setanding dengan ibu bapaku."
Allah SWT telah menghinanya dan menghinakan pula jolokannya, sehingga jolokan itu tidak membawa makna kerana ia bertukar menjadi celaan kepadanya. Justeru, Allah SWT menjadikannya sebagai satu-satunya orang yang berada di dalam kejahatan dan kekejian.
Firman Allah SWT: Dan anak-anak yang selalu bersama dia, (al-Mudassir: 13)
Mujahid berkata: Maksudnya anak-anak mereka itu selalu hadir bersamanya dan tidak keluar untuk berdagang. Urusan dagangan tersebut diuruskan oleh hamba-hamba dan juga orang-orang yang dibayar oleh mereka, sedangkan mereka sendiri hanyalah duduk-duduk mendampingi ayah mereka untuk bersenang-senang bersamanya.
Terdapat khilaf ulama tentang bilangan mereka (anak-anak):
l Al-Suddi, Abu Malik, Ashim bin Umar bin Qatadah menyebutkan: Mereka ini berjumlah 13 orang.
l Mereka berjumlah 10 orang seperti yang disebutkan oleh Ibnu Abbas dan Mujahid.
Al-Maraghi berkata: Termasuk anak-anak yang selalu hadir bersamanya di Mekah. Mereka tidak pernah berpisah dengan bapanya, kerana mereka bergantung rezeki kepada bapa mereka. Ini disebabkan mereka tidak perlu bekerja mencari rezeki kerana mereka telah memiliki harta yang banyak. Al-Walid pun sukakan mereka dan senang dengan kehadiran mereka.
Firman Allah SWT: Dan Ku lapangkan baginya (rezeki dan kekuasaan) dengan selapang-lapangnya, (al-Mudassir: 14)
Ibnu Kathir berkata: Maksudnya, Aku telah berikan kepadanya pelbagai macam harta, perkakas rumah tangga dan sebagainya.
Al-Maraghi berkata: Menurut orang Arab, Tahmid bermakna melapangkan. ContohnyaMahadash shabiyya (Dia melapangkan rezeki kepada si anak). Aku lapangkan rezeki kepadanya, dan aku luaskan kehormatan. Sepatutnya dia bersyukur kepada Allah SWT terhadap nikmat yang diberikan kepadanya tetapi dia ingkar kepada Tuhannya, sehingga dia berpaling daripada seruan dakwah dan menyombongkan diri. Dia telah membalas nikmat dengan kekafiran dan membalas kurnia dengan keingkaran serta kederhakaan.
Firman Allah SWT: Kemudian dia ingin sekali supaya Aku menambahnya. Sekali-kali tidak (akan Aku tambah), Kerana Sesungguhnya dia menentang ayat-ayat kami. (al-Quran). (al-Mudassir: 15-16)
Ibnu Kathir berkata: Iaitu orang yang ingkar (kufur) akan nikmat-nikmat Allah SWT setelah dia mengetahuinya.
Al-Maraghi berkata: Walaupun dia bersikap tidak mahu mentaati Allah SWT tetapi dia masih lagi mengharapkan harta dan anaknya bertambah.
Ayat ini juga mengandungi petunjuk bahawa kekafiran al-Walid adalah kekafiran yang berbentuk 'inad. Ini disebabkan dia telah mengetahui kebenaran itu dengan hatinya tetapi dia masih mengingkari dengan lidahnya. Inilah kekafiran yang paling nyata.
Penutup
Penulis menutup perbincangan ini dengan menyebut pendapat Sayid Qutub antara lain menyatakan, al-Quran menerangkan dengan panjang keadaan hidup makhluk yang kerdil itu dan nikmat-nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepadanya sebelum menerangkan kisah kedegilan dan keengganannya untuk beriman.
Allah SWT telah menjadikannya dahulu seorang diri tidak memiliki sesuatupun walaupun kain bajunya. Kemudian selepas itu, Allah SWT telah mengurniakan kepadanya harta kekayaan yang melimpah-ruah, anak-anak yang ramai yang sentiasa berada di sekelilingnya serta kemudahan hidup yang sempurna.
Walaupun begitu yakin dan percayalah kesudahan penentang Islam seperti golongan musyrikin biasanya berkesudahan dengan banyak masalah yang menimpanya, di samping adanya pelbagai halangan dan kemudaratan dalam kehidupan mereka.
Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang sentiasa mendapat dan mencapaimardhatillah.


Satu perkongsian utk peringatan org2 terdekat dan diri sendiri:


2/19/2012

Wasiat Rasulullah kepada Saidina Ali | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wasiat Rasulullah kepada Saidina Ali | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Utk anak2 ku dan teman/sahabat/kawan/lawan ...Bacalah dan cuba amalkan.

Excerpt from the wasiah (blue link):

"Ya Ali! Tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan. Tidak ada harta yang lebih berharga daripada aqal. Tidak ada kesepian yang lebih sunyi daripada ujub (rasa kagum pada diri sendiri). Tidak ada kekuatan yang lebih hebat daripada musyawarah. Tidak ada wara' yang lebih baik daripada menahan diri. Tidak ada keindahan selain akhlak dan tidak ada ibadah yang melebihi tafakur."
"Ya Ali! Segala sesuatu itu ada penyakitnya. Penyakit berkata-kata adalah bohong. Penyakit ilmu adalah lupa. Penyakit ibadah adalah riak. Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri. Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian. Penyakit bangsawan adalah merasa bangga. Penyakit malu adalah lemah. Penyakit mulia adalah menonjolkan diri. Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan, dan penyakit agama adalah hawa nafsu."
"Ya Ali! Perbanyakkanlah membaca Surah Yassin, kerana dalam membacanya itu terdapat sepuluh macam keberkatan. Tidak ada orang yang membacanya waktu lapar atau puasa melainkan kenyang. Haus kecuali hilang hausnya. Tidak memiliki pakaian melainkan ia akan memperolehi pakaian. Merasa takut kecuali datang rasa aman. Di penjarakan melainkan ia akan keluar dari penjara. Bujang melainkan ia akan berkahwin. Sewaktu musafir matanya menjadi terang dalam perjalanan. Tidak membacanya orang yang kehilangan sesuatu benda melainkan mendapatkannya kembali. Tidak dibacakan ia ke atas orang yang akan hampir ajalnya melainkan diringankan baginya. Barangsiapa yang membacanya di waktu subuh nescaya ia akan aman sehingga petang, dan barangsiapa yang membacanya di waktu petang nescaya ia akan berada di dalam keadaan aman sehinggalah waktu pagi."
"Ya Ali! Bacalah Surah Hammim Ad-Dukhaan pada malam Jumaat, nescaya Tuhan memberikan keampunan kepadamu."
"Ya Ali! Bacalah Surah Hasyar nescaya engkau berkumpul pada hari kiamat dalam keadaan aman dari segala sesuat
"Ya Ali! Bacalah Surah Hasyar nescaya engkau berkumpul pada hari kiamat dalam keadaan aman dari segala sesuatu."
"Ya Ali! Bacalah Surah Tabaraka dan As-Sajadah nescaya berkat keduanya engkau diselamatkan Tuhan daripada bahaya hari kiamat."
"Ya Ali! Bacalah Qulhuwallahu Ahad dalam keadaan engkau berwudhuk, nescaya engkau akan di seru pada hari kiamat; Hai pemuji Tuhan! Bangkitlah, maka kemudian masuklah ke dalam syurga!"
"Ya Ali! Bacalah Surah Al-Baqarah, kerana sesungguhnya dalam membacanya itu ada membawa keberkatan, dan tidak mahu membacanya membawa penyesalan.
"Ya Ali! Janganlah engkau bersetubuh dengan isterimu pada malam bulan sabit baru muncul, dan jangan pula pada pertengahan bulan, kerana di khuatirkan anakmu akan cacat."
Aku (Ali) bertanya: Kenapa demikian ya Rasulullah? Jawap Baginda: "Kerana Jin banyak mendatangi wanita-wanita pada malam tengah bulan dan pada malam Hilal (bulan sabit). Apakah engkau tidak perhatikan bahawa orang-orang gila itu boleh muncul penyakitnya kembali pada malam tengah bulan dan malam Hilal itu?
"Ya Ali! Jauhilah sengketa, kerana ia akan menghapuskan amalan-amalan engkau."
"Ya Ali! Segeralah bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkah mendahului sedekah."
"Ya Ali! Jauhilah kemarahan, kerana syaitan menguasai anak cucu Adam dalam keadaan ia marah."
"Ya Ali! Jauhilah olok-olok, kerana hal itu akan menghilangkan kehebatan anak cucu Adam dan kesungguhannya."
" Ya Ali! Jauhilah riba, kerana padanya terdapat enam perkara, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga di dunia;
1. Ia akan cepat memusnahkan harta.
2. Ia akan melenyapkan kekayaan
3. Ia akan menghapuskan rezeki.
Adapun yang tiga di akhirat ;
1. Ia akan membawa buruk perhitungan (hisab).
2. Ia akan membawa kemurkaan Allah swt.
3. Kekal di dalam neraka."
"Ya Ali! Cintailah fakir miskin, nescaya Allah akan cinta pula kepadamu."
"Ya Ali! Janganlah engkau bentak fakir miskin, nescaya engkau akan di bentak pula oleh Malaikat pada hari kiamat."
"Ya Ali! Janganlah engkau abaikan sedekah, kerana ia akan menolak kejahatan dari dirimu."
"Ya Ali! Keluarkan infak hartamu dan berikan kelapangan kepada keluargamu, dan janganlah khuatir terhadap Tuhan yang memiliki Arasy bahawa Ia akan menyediakan kurnia-Nya terhadapmu."
"Ya Ali! Janganlah berdusta, kerana dusta itu menghitamkan muka. Bila seseorang sentiasa berdusta, dia akan dinamakan disisi Tuhan "si pendusta", dan bila dia benar maka akan dinamakan disisi Tuhan sebagai orang yang "benar" (siddiq). Sesungguhnya berdusta itu akan menjauhkan Iman.
"Ya Ali! Kuasailah lisanmu dan biasakanlah bicara yang baik, kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat melebihi ketajaman lisannya."
"Ya Ali! Jauhilah sifat dengki, kerana dengki itu memakan segala kebajikan sebagaimana api memakan kayu bakar".
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi dan An-Nasa'i)
S.A.W - Allahuakbar......pesan berpesan utk anak2 muslim and muslimah.

2/05/2012

MY BEAUTIFUL WORLD FROM ALLAH

You are my world...my views....my anger....my history..my amanah..my love..for papa.



I hope the sacrifices that we have gone through will be remembered as the will to move on with "redha Allah". This is how my prayers answered by GOD. Qada dan qadar keketentuan ALLAH...with doa. OKEY...Let's move on....with LIFE. INSYALLAH. GOD IS GREAT...Allahuakbar.

2/03/2012

Maher Zain - Open Your Eyes | Official Lyrics Video

If only u knew...

Maher Zain - For The Rest Of My Life | Official Music Video



Andai kau tahu kasih ku pd mu...namun siapalah kite utk menidakkan kuasa ALLAH. Ku terima dirimu seadanya, namun andai kau jadikan kata2 org lain utk menilai kasih ku....maka aku rela melepaskan diri mu. Kerna org lain x berhak menilai kebahagiaan kita, menjejaki dan berkongsi cerita ttg aku isteri mu. Hampir sepuluh thn...perjalanan suka duka telah kite lalui...payah...cemas...gembira...sedih..pelbagai rasa tlh ku lalui. Impian ku hanya satu...ingin berasa tenang bersamamu dan kekasih2 hati ku. It is very difficult to say how much I hope for happiness that I have chosen. You told me u chose me..but i guess...i chose u for the reason that Allah only knows.

It is not fair in asking me to include myself to the lowest to become in your family..the truth is I don't like ur mom...but she is one GOOD lady...ALLAH knows that....but I can't like her just because she is ur mom...I am only the daugther in law..sometimes there are conflicts that better not spoken...afraid of hurting each other feelings.

Susahnya menjaga hati..hingga kadang2 hati kite juga terluka. Tapi insyAllah aku tahu menjaga dan mendidik hati ku sendiri...hati insan lain...hanya ALLAH yg maha mengetahui.

2/02/2012

This in NOW or Never !

Sharing knowledge from www.iluvislam.com:
Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.
Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.
Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza'iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam."
Kedua, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Kedua-dua kalimat itu adalah 'subhanallah wa bihamdihi' dan 'subhanallah hil azim' yang membawa maksud 'Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya' dan, 'Maha suci Allah yang Maha Besar.'
Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus 'rancak' membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.
Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, 'Astaghfirullahazim' disertakan 'perasaan menyesal' di dalam hati.

Doa Yang Mustajab : Waktu dan Amalannya | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Doa Yang Mustajab : Waktu dan Amalannya | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wake up? Solat and Doa.. AllahuAkbar!

1/27/2012

Siapalah Kita Untuk Menilai Insan Lain?? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Siapalah Kita Untuk Menilai Insan Lain?? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

A favourite quote masa bujang "Sekali gagal, bukan bermakna gagal selamanya. " Terlalu mencipta kesempurnaan sehingga akhirnya takut pd bayang2 sendiri. Di usia yg semakin senja ini ingin menjejak mimpi wlupun terasa adakalanya seakan tersungkur. Kepada insan2 yg pernah atau terdetik di hati mereka aku ini manusia yg pelik, hanya kemaafaan yg mampu aku pohon dan kuberikan.

Antara quotes from this article, motto utk hidup setelah berkeluarga - adaptation from the above (in blue) article.
" Saya juga manusia yang tidak sempurna, kadang tersalah pandang dan underestimated orang lain juga."
" Pandangilah kehidupan dari sudut yang positif. InsyaAllah, hati kita akan tenang... Jangan sesekali memandang rendah kerana setiap sesuatu datang atau terjadi bersebab. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui...".

I luv my families and ISLAM.



1/21/2012

What is life

It's 2012. Another year to go by. Another year to pass by. Reflecting back to myself....life indeed is like the stream. Sometimes it is murky after the rain, sometimes it is as clear as the sky. But I chose to ignore that as the aim as a human being living in the bless world created by Allah, I should be thankful. There are places and ppl who are in need, who is in a much worst situation but the only thing that can be given is a smile as a 'sedekah' though no money can buy 'Keikhlasan sebuah sedekah dengan senyuman'. 

Through this journey, I really hope ALLAH will guide me with "iman and taqwa".  Living in Brunei teaches me   a lot of independence, there are many good things about Brunei. Wallahualam. 'Yg baik dtg dari Allah, yg tidak berapa baik dtg dr diri sendiri'.

10/29/2011

Life in Brunei

Today is not a good day...sad..'terkilan'...just because I bring kids to live with me in the hostel, I am being haunted like I did something bad..something really sinful. Too many unjust reason, saying the kids make noise...bla bla bla...as if having kids around..are not good thing.

Some of the reasons are unjustified actually,...making me  hating this country...a so called Islamic country but money is more of the reason. If u have no money, there is no service.

Even if u ask for help as a Muslim...they will not openly helped u though explaining that a help is needed.

10/01/2011

Tired....Emotion of feelings

Salam frenz out there....its October. A lot of things having being undone..programming..new language..to learn and adapted..doing phd is a tiring and very emotional journey. When u r alone...doing the simplest thing..seem very difficult...very far....

Tried hard to juggle my time with the kids and programming using Netlogo. My emotional meter seemed very down...since my arrival in Brunei..having to cope with the slow administration, life..unhelpful situation. I tried to take things one step at time but...it doesn't go that way.


NEED A BREAK...but my SV said need to see him  every day for progress. Can u imagine it? GOD help me..
There is a drum in the heart of heart

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=robmc3CTGOE

8/20/2011

14 Aug 2011

I have finished reading the book written after 41 years of Wan Mokhtar Ahmad services to nation, faith and the country. His "Kisah yang panjang" was light and easy reading but such a memorable and full of inspirations. Its like he was leading readers to the rightful ways in administration (administrating) - in the Islamic ways. Allahuakbar! There are so many inspired advices in this biography.
It does change my perspective in politics. Its not as dirty as what I think but ppl that makes it dirty. Once you are on top, you have to bear in mind that your responsibilities are for the countrymen, nation and faith. But when your tenure end, do not begrudge and blame others.

Reda atas sesuatu perkara yg terjadi kpd kita mmg agak sukar utk dilakukan, ttp mungkin dengan melupakannya & meneruskan kehidupan dgn memanjatkan harapan kepadaNYA blh membuat kita redha.
Excerpt from the book " Mrk bekerja berpandu keapda GO (General Orders atau FO - Financial Orders) dan tidak mahu melanggar sedikit pun arahan tersebut walaupun utk kebaikan. Bagi saya, GO dan FO ini merupakan panduan kerja sahaja supaya para petugas tidak tersasul dlm menjalankan tugas. Akal yg dikurniakan ALLAH itu wajarlah digunakan dng betul dlm usaha melicinkan tugas kita disamping tidak menyusahkan org lain."

Muzzakirah - kisah yg panjang

Petikan dari buku 'Muzzakirah" oleh Wan Mokthar Ahmad ms 90 - "Sebagai org baharu, tentu saya akan dikelilingi oleh mereka yang lama dan berpengalaman serba-serbi dlm politik ng. Tentulah harapan Tun Razak yg begitu tinggi kepd saya untuk menunaikan amanah ini sukar untuk dilaksanakan. Saya umpamakan perlantikan itu bagai memandu sebuah kereta terpakai yg menggunakan kelajuan antara 150 - 200 batu sejam, saya bimbang akan berlaku kemalangan"

Sememangnya apabila kita bernama manusia yg sukar utk tidak melakukan kesilapan, kita bimbang untuk memikul amanah..yg sudah tentu memerlukan sebuah pengorbanan. Tidak ada perjalanan yg tidak ada kerikil, batu yg bulat dan tajam, lopak yg dlm dan cetek. Begitulah kehidupan.

Nothing

This excerpt was taken from a book written by Barry Wain - Mahathir .....will get the title later. Just? a bit about this editor - been living in Asia for 37 years (actually residing in Singapore - wonder if still in Asia) and hailed from Australia. Not that I'm pro exPM but there are things or written words about him feel like 'smacking' the author but there are the laws....;-) 
But a quote from the book -"Deputy Prime Minister (Almarhum) Ghafar Baba quoted a Malay proverb with an implicit warning to the monarchy: A just king is adulated, but an unjust one is to be shunned". That is being true...everybody not just the royalties..should be an honest and justing person. 
I am not a fan of this writer...he wrotes as if he knows malay better than the malay. Living in a colonial island with numbers of malay who couldn't voice their opinions and live in a so called develop country ; dare to write things based on others written report.. where were they when the malays fighting communist during the insurgency? Those foreigners out there, you may have come from a more develop country but you have no right to criticize other  country's administration. ALLAH give u guidance in your research...but yet you are unbelievers...only believe in yourself.

8/04/2011

What have been doing for the past days


Mufti or Mahathir - A book. Another reading and excerpt taken from "Mufti Lawan Mahathir" by Ahmad Lutfi Othman. " Org Islam tidak pernah menentang suatu teknologi tinggi ttp tidaklah sampai meruntuhkan asas-asas syariat atau menentang dan melanggari syariat. Kita tidak menentang teknologi, ttp kalau hukumnya haram, tetap kita kata hukumnya haram.....Allah meminta kita menghormati dan mendoakan org yg meninggal dunia dng doa yg baik2 malah Nabi mengharamkan kita mengumpat mereka." . Interview with Mufti Perak - Dato' Haji Harussani Zakaria.

Notes: Not because  I am a perakian I recited & agreed with his statement. But it shows, Islam is simple + there's a thin line separating what is halal or haram.

Mengisi masa lapang - Montana Sky - July 30, 2011

Recollection of what i was doing which is not what i am suppose to do. For the past 8 months I've an indulgence for "readings", to keep my head "check + balance". Reading something that's purely academic, put my head in spins.
Dogpiled
Nora Roberts Collection at www.noraroberts.com. A little bit about her, she is the #1 bestseller author, according to who/what journal or ratings I don't know.
But one thing that I can summarize is that her writing is simple, easy to grasp, funny but a little sexy. I love reading her 2 novels (this is the second reading of her books). I am a bit far behind of her lists of book.  Montana Sky is about the story of the daughters of a rancher, ups and downs of her life, the bitching of sisters...oops the word I used ...sorry for that....but hey...sometimes that's life written in book on paper.

Just try reading one of her books.

7/29/2011

Stress

Heart...why I am feeling there's no way..out. Feelings of not able to do the best...Feeling of very sad...over unfinished business. Ya ALLAH...tenangnya hati..bila mendengar seruan MU. Bantulah hambamu...dlm pencarian ilmu...utk di kongsi.. Sucikan hati ku...berikanlah...hidayah..please help me in finding the way..a path..for my families.
      Tahajjudku sentiasa pdMU.

7/25/2011

For peringatan

6 Musibah Dari Perbuatan Zina

Rasulullah telah mengingatkan: ” Hai kaum muslimin, jauhilah perbuatan zina. Sebab di dalamnya terdapat enam (6) perkara, yang tiga diberikan di dunia dan tiga lainnya diberikan di akhirat. Tiga perkara yang diberikan di dunia:-
  1. Hilangnya kewibawaan dari wajahnya.
  2. Berkurangnya barakah umur.
  3. Dilanda kefakiran yang terus menerus.
Sedangkan tiga (3) perkara yang diberikan di akhirat: Mendapat kemurkaan Allah, dihisab dengan berat, dan mendapat seksa neraka. “
(HR Baihaqi dari Anas)